Jalan penyelesaian Peristiwa_Kampung_Rawa

Selaku penduduk Pulau Pinang , Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun padang dan mendamaikan kedua-dua AJK masjid dan AJK kuil supaya berunding dan mencari jalan persefahaman. Berikutan itu ketegangan berjaya dikendurkan kerana tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri prihatin terhadap permasalahan mereka. Sehingga kini tidak diketahui butir-butir perbincangan tersebut.

Tan Sri Koh Tsu Koon selaku Ketua Menteri Pulau Pinang turut mendamaikan kumpulan-kumpulan terbabit.